25 Petua dan Tips Nak Bagi Anak Pandai BI.

 

Maafle kalau petua-petua yang saya beri ni agak tidak tersusun sebab ni terus keluar dari minda saya dan lebih dalam berbentuk ‘point form’ dan tidak terlalu panjang penjelasannya, kalau ada. Ini sekadar pencetus idea dan terpulang kepada anda untuk mentafsirnya dan mengambil langkah-langkah yang perlu. Idea-idea dan petua-petua ini datang dari:-

 

1. Pengalaman peribadi sendiri masa belajar dulu

2. Hasil kajian saya masa nak tulis buku

3. Pengalaman dari mengajar kanak-kanak

4. Pemerhatian saya

5. Artikel2 yang pernah saya baca

 

So kalau rough sikit idea-idea saya ni mintak maafle banyak2. Ni saya guna teknik brain storming dimana kita luahkan sahaja apa yang terlintas di fikiran. Kalau ada komen ke kritikan ke x ada masalah..hantar sahaja ke email saya di cikgutuition@yahoo.com

 

 

1. Anda dah boleh ajar anak anda mahir dalam bahasa Inggeris dari mereka dalam kandungan lagi.Berbual dengan mereka dalam bahasa Inggeris. Nyanyikan lagu-lagu dalam bahasa Inggeris. Mainkan lagu2 dalam bahasa Inggeris untuk mereka dengar. Kalau nak lagu-lagu nasyid rasanya dah banyak yang ada dalam bahasa Inggeris seperti lagu-lagu nasyid Yusuf Islam.

 

2. Bila anak dah lahir teruskan berbual dengan anak anda tu dalam bahasa Inggeris. Kalau boleh gunakan teknik One Parent One Language. Maknanya sorang kenalah cakap Bahasa Inggeris n sorang cakap bm sepenuhnya. Jadi anak nanti mahir dalam kedua2 bahasa, InsyaAllah.

 

3. Gunakan sumber pengajaran seperti kad imbas, poster, vcd, cd dan lain2 untuk mewujudkan persekitaran yang sesuai untuk mereka belajar.

 

4. Jangan jadikan kelemahan anda dalam bahasa Inggeris sebagai alasan untuk tidak mendedahkan mereka kepada bahasa Inggeris pada peringkat awal lagi. Berkorban sedikit.Belajar balik bahasa Inggeris tu untuk anak2 anda. Tak perlu mahir untuk mengajar mereka sebab anda sentiasa boleh rujuk kepada buku2 dan lain2 sumber untuk menagajar.

 

5. Kad imbas amat berkesan untuk memperkenalkan perkataan baru bahasa Inggeris tanpa perlu anda menggunakan bahasa ibunda anda. Ini kerana kad imbas menggunakan gambar/imej. Gunakan permainan2 kad imbas yang menarik untuk menagajar mereka.

 

6. Jangan merasa malu dan segan untuk mengajar anak-anak anda dikhalayak ramai. Pedulikan pandangan sinis orang lain. Yang penting anak anda akan mahir dalam bahasa Inggeris dan bila masuk sekolah nanti tak ada masalah dengan mata pelajaran bahasa Inggeris, Sains dan matematik.

 

7. Ingat yang bila seseorang kanak-kanak mahir dalam bahasa, IQ mereka juga akan meningkat.

 

8. Kalau ada yang anda tak faham, jangan segan bertanya dengan orang lain.

 

9. Belikan buku-buku cerita yang menarik yang banyak gambar2 untuk anak-anak anda. Kalau dia orang minat kartun,tak salah anda belikan komik dalam bahasa Inggeris. Sekarang ni komik Doraemon pun ada dalam dwibahasa.

 

10. Rajin2 lah bacakan buku cerita kepada anak anda.Pupukkan sikap suka memabca bahan2 dalam bahasa Inggeris kepada mereka.

 

11. Dapatkan sokongan suami/isteri untuk mengajar anak-anak anda. Kenalah ada team effort.Jangan buat sorang2. Tak salah juga kalau minta bantuan ibubapa atau mertua anda untuk sama2 membantu. Kadang2 mereka ini lagi fasih dari kita.

 

12. Kalau mampu hantar le ke tadika yang ada ajar bahasa Inggeris. Kalau x ada budget jangan lah risau. Anda sendiri boleh mengajar mereka dengan berkesan.

 

13. Kenali diri anak anda dan ketahui apa yang mereka minati.Kalau dia minat Sesame Street belilah vcd2 Sesame Street.

 

14. Gunakanlah sumber percuma atau sumber2 yang telah anda bayar.. Pilih rancangan2 di tv dan Astro yang sesuai untuk anak-anak anda seperti rancangan Sesame Street, Noddy, Bob The Builder ke dan lain…Kalau anda sendiri nak belajar bahasa Inggeris, di Astro ada channel 14 yang banyak rancangan2 bahasa Inggeris.

 

15. Jangan paksa atau beri tekanan terutamanya kepada kanak-kanak yang masih kecil. Ingat yang mereka ini moody, cepat lupa, mudah bosan dan lebih suka bermain dari belajar. So anda kenalah cari teknik2 pengajaran yang tidak membosan kan. Kalau nak ajar tak payah lama2 dan cari masa yang sesuai bila dia org boleh beri lebih tumpuan.

 

16. Beli poster yang sesuai dan tampalkan di dalam rumah anda. Pastu tearngkanlah kepada mereka dan lepastu anda kenalah rajin ulangkan apa yang anda terangkan kepada mereka sebab mereka ni mudah lupa.

 

17. Kalau betul caranya kanak-kanak boleh mengusai lima bahasa serentak!

 

18. Jangan risau., anak anda tak akan pening kalau anda dedahkan kepada dua bahasa dari kecil. Mula2 je dia pening tapi dia akan cepat sedar yang mereka menggunakan dua bahasa.

 

19. Konsisten dalam pengajaran anda tu. Jangan kejap cakap bm dan kejap cakap bahasa Inggeris atau campur dalam ayat anda.

 

20. Jangan guna bahasa bayi. Sebut betul2 dan gunakan ayat yang betul grammar dia.

 

21. Kalau anak anda sebuat tak betul ,betulkan sebutan mereka dengan anda ulang semula apa yang mereka sebut tu.

 

22. Belajar balik bahasa Inggeris anda. Walaupun anda rasa yang bahasa Inggeris anda dah ok tak salah kalau anda belajar balik sebab kdg2 kita ni tak sempurna. Or kdg2 benda yang kita ingat betul sebenarnya salah atau kurang tepat.

 

23. Selain dari mengguna kad imbas anda juga boleh gunakan kad perkataan. Ni x ada imej atau gambar. Senang je nak buat.Belije kad2 untuk buat nota yang bersaiz poket. Kad ni sesuai jugak untuk anda mempelajari perkataan baru dengan menggunakan Thesaurus dan Dictionary.

 

24.Kalau boleh jangan gunakan kamus Bahasa Inggeris-BM. Cuba gunakan kamus bahasa Inggeris-bahasa Inggeris ataupun gunakan kamus English-English-Malay macam yang saya gunakan. Ini boleh membantu anda ‘berfikir’ bahasa Inggeris.

 

25. Kalau anda sendiri tak berapa ingat perkataan-perkataan bahasa Inggeris , apa kata anda gunakan label dan tampalkan pada tempat2 yang sesuai seperti letak label fridge di peti ais, kitchen di dapur dan sebagainya. So dengan cara ini anda pun ingat apa yang perlu disebut dan anak anda pun boleh ingat apa yang perlu disebut.

 

Ha.Dah 25 tips yang saya bagi.Maybe next time kalau ada mood camni saya akan beri lagi tips2 dan petua2 yang boleh anda praktikkan.

 

Akhir kata, “Jangan terlalu fikirkan kesilapan dan kelemahan orang lain, tapi sebaiknya kita lihat dulu kelemahan diri kita dan ahli-ahli keluarga kita dan bagaimana kita boleh memperbaikinya..”

 

Yusoff

2.15 pagi, 6hb September 2006

Buba gunakan kamus BIkamus BI_mempelajari perkataan baru dengan menggunakan Thesaurus dan Dictionary.

ut tu.t.mereka ni mudah l;

Buba gunakan kamus BIkamus BI_mempelajari perkataan baru dengan menggunakan Thesaurus dan Dictionary.

ut tu.t.mereka ni mudah l;

4 comments on “25 Petua dan Tips Nak Bagi Anak Pandai BI.

  1. Byk petua yg sy dapat dr saudara, sy ada masalah dlm bahasa english, terlalu sukar untuk sy mengingati perkataan dlm bahasa inggeris. Sy faham setiap perbualan tp sy lemah untuk bertutur. Sy harap saudara boleh bantu sy.

  2. wahh..bagus nie untuk saya..saya nie baru 17 tahun tpi apa salah nya kalau saya ikut baca jugak..terima kasih ya saudara..saya memang ada masalah dalam menguasai bahasa inggeris ni..kata teman rapat saya diorang cakap kalau saya ni berckap dalam bahasa orang putih boleh tahan bagusnye tpi bila in writing aduhh nak ckp grammar tunggang terbalik tak jugak memang ada jugak bahasa inggeris saya nie tak menentu tpi kadang2 tu ok yang saya tak fhm nie knpa mereka ckp apa yang saya tulis tu satu ayat pun diorng tak faham..mmm…saya tengah fikir ni..
    ada tips tak saudara
    kalau ada antar yee kat aty2210@hotmail.com saya tgh tunggu saudara nie….
    askum..

  3. mendidik anak adalah satu perjuangan..yang tak akan habis…dalam apa2 jua bidang ilmu…Saya mengajar tuitio bahasa inggeris , tapi masalah nya say a tak praktikkan perbualan itu dirumah…konon segan nampak berlagak….hasilnya anaksaya tak begitu fluent….

Leave a comment