Back To The Basics English – Nouns (Revised edition)

 

Dalam mempelajari bahasa Inggeris kita mungkin sering tertanya-tanya apakah topik-topik yang perlu kita pelajari untuk sekurang-kurangnya dapat menguasai asas bahasa Inggeris. Begitu juga apabila kita sendiri ingin mengajar anak-anak kita bahasa Inggeris atau kita ingin menghantar anak-anak kita ke kelas tuition bahasa Inggeris. Apakah topik-topik yang perlu dipelajari terlebih dahulu untuk mengukuhkan fundamentals atau asas kita dalam bahasa Inggeris?

Dalam bahasa Inggeris, secara amnya ada  LAPAN aspek atau topik dalam bahasa Inggeris ASAS yang perlu anda pelajari secara menyeluruh untuk memastikan yang anda dapat menguasai FUNDAMENTALS OF ENGLISH GRAMMAR. Lapan topik ini ialah :-

 

  1. Nouns
  2. Pronouns
  3. Adjectives
  4. Verb
  5. Adverb
  6. Preposition
  7. Conjunction
  8. Articles

 

Dalam topik kali ini kita akan melihat tentang Nouns.

1. Nouns


    1.1. Function of Nouns – Apa fungsi Nouns?

Dalam topik ini anda perlu tahu apakah kegunaan nouns dan untuk apa anda perlu gunakan nouns. Jika anda ingin pastikan yang sesuatu perkataan itu adalah nouns, anda boleh rujuk kepada kamus anda. Pastikan yang kamus anda adalah kamus yang komprehensif dan ada menyenaraikan apa jenis perkataan dalam kamus itu.Nouns

i. Orang – seperti Ali, Siti, student, teacher, boy dan sebagainya

ii. Tempat – seperti Kuala Lumpur, office, house, city

  iii. Benda – seperti car, phone, computer

  iv. Haiwan – seperti Garfield, King Kong, cat, dog

v, Abstrak – Untuk menamakan perasaan, keadaan, situasi seperti anger, sadness,

wisdom, happiness dan sebagainya

1.2  Common Nouns and Proper Nouns – Kata Nama Biasa dan Kata Nama Khas

Common nouns merujuk kepada nouns yang ditulis dengan huruf kecil manakala Proper Nouns pula ialah Kata Nama Khas seperti Putrajaya, Ahmad, Jalan Tuanku Abdul Rahman dan sebagainya yang perlu ditulis menggunakan huruf besar.

1.3  Count Countable Nouns and Uncountable Nouns – Kata Nama Boleh Dikira dan Kata Nama Tidak Boleh Dikira

Countable nouns ialah nouns yang boleh dikira dan mempunyai bentuk plural untuk  menunjukkan bilangan yang lebih dari satu seperti:-

 

  1. one car – two cars
  2. a child – many children
  3. a thief – several thieves
  4. one bus – a couple of buses

 

Uncountable Nouns pula ialah jenis Nouns yang tidak boleh dikira dan tidak boleh ditambah ‘s’ ‘es’, ‘ies’ dan ‘ves’ dihujungnya walaupun jumlahnya banyak. Uncountable nouns ini akan menggunakan Adjectives of Quantity untuk menunjukkan kuantitinya seperti ‘too little sugar’ dan ‘too much sugar’. Lain-lain hal yang perlu anda ingat ialah :-

 

  1. Uncountable Nouns tidak digunakan dengan articles ‘a’ dan ‘an’

Some fruit dan bukannya a fruit

 

  1. Tidak digunakan dengan nombor untuk menunjukkan kuantiti.

A lot of furniture dan bukannya three furniture.

 

  1. Hanya boleh digunakan dengan nombor jika nombor itu digunakan untuk merujuk kepada bekas atau container untuk menyimpan Uncountable Nouns itu.

 

Three cups of coffee dan bukannya 3 coffee.

Two botlles of water dan bukannya 2 water.

1.4  Plural and Singular Nouns – Kata Nama Majmuk dan Kata Nama Tunggal

  Plural nouns ialah nouns yang boleh dikira dan oleh itu boleh ditambah ‘s’ atau ‘ies’, atau ‘es’ , ‘ves’ dan sebagainya untuk menunjukkan bilangan yang lebih dari satu. Lain2 bentuk Plural nouns ialah :-

 

1. Irregular – Bentuk plural melibatkan perubahan ejaan seperti child – children, mouse –mice, man –men.

 

2. Tidak bertukar bentuk – one sheep–many sheep, a fish–several fish.

 

3. Memang dalam bentuk plural –Untuk benda-benda yang datang dalam pasangan –spectacles, pants, shoes

 Singular nouns pula ialah untuk menunjukkan bilangan nouns ialah tunggal dalam Countable Nouns. Dalam Uncountable Nouns pula ianya cuma dalam bentuk Singular dan tidak boleh dalam bentuk plural seperti sugars, cofees dan sebagainya.

  1.5  Collective Nouns – Kata Nama Berkumpulan atau Penjodoh Bilangan Berkumpulan

Collective nouns pula ialah penjodoh bilangan untuk nouns yang banyak. Dalam bahasa Melayu kita pun turut menggunakannya seperti sesikat pisang, sekawan burung dan sebagainya. Bagaimanapun dalam bahasa Inggeris ianya lebih meluas seperti a herd of cattle, a swarm of bees, a troop of monkeys dan sebagainya.

Sila rujuk kepada buku Easy English yang ditulis oleh Nor Bi terbitan Karangkraf untuk senarai yang lengkap.

 

Nota – dalam collective nouns a herd of cattle, herd berfungsi sebagai nouns yang bermaksud “a group of cattle or sheep or other dmoestic mammals all of the same kind that are herded by humans”. Bagaimanapun dalam contoh colective nouns ini herd juga boleh berfungsi sebagai verb dimana ianya bermaksud –“cause to herd, or crowd together” e.g. The teacher herded the students into the classroom.

1.6 Posessive Nouns – Kata Nama Pemilikan

Possessive nouns bertujuan untuk menunjukkan yang sesuatu itu dimiliki atau dipunyai oleh sesuatu nouns itu dan ianya melibatkan:-

 

1. Penggunaan apostrophe s ( ‘s )

2. Penggunaan apostrophe ( ) sahaja.

Bila anda patut gunakan apostrophe s ( ‘s )  bila pula anda patut guna apostrophe ( ) sahaja?. Ada empat peraturan yang perlu anda ingat iaitu:-

 

1. Untuk singular nouns yang tidak mempunyai bunyi ‘hiss’ (seperti actress, conscience)  dihujungnya- tambahkan (‘s) kepada nouns itu seperti

Ali’s car,  yusoff’s book, the student’s work dan sebagainya

Oleh itu kalau anda tambahkan ‘s kepada sesuatu singular nouns seperti dalam Ali’s car ianya memberi maksud – kereta Ali ataupun kereta kepunyaan Ali.

2. Untuk singular nouns yang mempunyai bunyi ‘hiss’ (seperti actress, conscience)  dihujungnya- tambahkan apostrophe (‘) sahaja kepada nouns itu seperti

Ali’s car,  yusoff’s book, the student’s work dan sebagainya

 

 

3. Untuk plural nouns yang mempunyai akhiran ‘s’ – Oleh kerana plural nouns sudah secara asalnya mempunyai ‘s’ dihujungnya maka anda cuma perlu tambahkan apostrophe ( ‘ ) sahaja  kepada nouns itu seperti

the students’ car, the teachers’ building book, the dogs’ owner dan sebagainya

4. Untuk plural nouns yang mempunyai itdak mempunyai akhiran ‘s’ seperti dalam irregular plural– Oleh kerana irregular plural nouns tidak mempunyai ‘s’ dihujungnya maka anda  perlu tambahkan apostrophe s ( ‘s ) sahaja  kepada nouns itu seperti

the children’s books, the women’s children dan sebagainya

Diharap anda boleh memahami penerangan ringkas tentang nouns dalam topik ini.